« Jewish Conspiracy | Home | Doa: Syukur atau Kufur »
Hadits Mengenai Khawarij
By hotarticle | July 7, 2008
Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w di Ja’ranah setelah kembali dari Peperangan Hunain. Pada pakaian Bilal terdapat perak dan Rasulullah s.a.w mengambil darinya untuk dibahagikan kepada orang ramai. Lelaki yang datang itu berkata: “Wahai Muhammad! Kamu hendaklah berlaku adil.” Rasulullah s.a.w bersabda: “Celakalah kamu! Siapa lagi yang lebih berlaku adil? Jika aku tidak adil. Pasti kamu yang rugi, jika aku tidak berlaku adil.” Umar bin al-Khattab r.a berkata: “Biarkan aku membunuh si munafik ini, wahai Rasulullah!” Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku berlindung dengan Allah dari kata-kata manusia bahawa aku membunuh sahabatku sendiri. Sesungguhnya orang ini dan teman-temannya membaca al-Quran tetapi tidak melampaui kerongkong mereka iaitu tidak mengambil faedah dari apa yang mereka baca bahkan mereka hanya sekadar membacanya sahaja. Mereka menyudahi bacaan al-Quran sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan.” [HR. Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Ahmad]
Kaum khawarij itu juga membaca Al-Qur’an. Namun bacaan mereka tidak sampai tertanam di hati dengan benar. Sehingga yang mereka ikuti itu bukanlah Al-Qur’an berdasarkan pemahaman yang benar. Bahkan mereka itu mengikuti penafsiran berdasarkan nafsu mereka dan ustadz-ustadz mereka.
Diriwayatkan daripada Ali r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Pada akhir zaman akan muncul kaum yang muda usia dan lemah akalnya. Mereka berkata-kata seolah-olah mereka adalah manusia yang terbaik. Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melepasi kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan. Apabila kamu bertemu dengan mereka, maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya, membunuh mereka ada pahalanya di sisi Allah pada Hari Kiamat. [HR. Bukhari, Muslim, Nasai, Abu Daud]
Mereka merasa bahwa mereka adalah manusia terbaik. Hal ini dapat kita lihat pada sikap mereka yang enggan bermadzhab. Padahal para ulama hadits pun bermadzhab kepada salah satu imam dari 4 imam madzhab. Mereka bukan saja merasa sebagai manusia terbaik di zamannya. Bahkan mereka merasa sebagai manusia yang lebih hebat dari para ulama hadits sebelum mereka. Mereka merasa bahwa kedudukan mereka sama dengan 4 imam madzhab. Sehingga mereka merasa tidak perlu bermadzhab. Mereka merasa pantas untuk berijtihad.
Bahkan pendahulu mereka telah merasa lebih baik dari Nabi dengan berkata, “Wahai Muhammad, berbuatlah adil!” Coba Anda renungkan! Siapakah manusia yang paling tinggi taqwanya? Sedangkan adil adalah salah satu bagian dari taqwa. Manusia paling bertaqwa itu tentu saja Nabi Muhammad Imamul Anbiya wa Sayyidul Mursalin, uswatun hasanah ‘ala khuluqil azhim. Adakah manusia yang lebih adil dari Rasul SAW?
Mereka telah menimbulkan masalah yang cukup serius. Mereka telah melakukan pembunuhan terhadap Muslimin yang bertentangan dengan mereka. Melakukan pemboman yang menyebabkan korban nyawa dan luka parah dari kaum Muslimin. Mereka telah menghalalkan darah ummat Islam tanpa alasan yang haq. Mereka telah melakukan tindakan-tindakan yang dapat membatalkan ke-Islaman mereka. Mereka keluar dari Islam, seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Mereka keluar jauh dari Islam. Sehingga sulit untuk mengembalikan mereka kepada Islam. Memerangi mereka dalam diskusi merupakan ibadah. Membunuh mereka di medan perang ada pahalanya di akhirat kelak.
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Ali yang menjadi utusan di Yaman, mengirimkan emas yang belum diproses kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda membahagikannya kepada empat atau beberapa orang iaitu al-Aqra’ bin Haabis, Uyainah bin Badr al-Fazari, Alqamah bin Ulasah al-Amiri, kemudian kepada seorang dari Bani Kilab iaitu Zaid al-Khair At-Tha’ie, juga kepada seorang dari Bani Nabhan. Orang-orang Quraisy marah dan berkata: Engkau memberikannya kepada pemimpin-pemimpin Najd, tetapi meninggalkan kami iaitu tidak memberikannya kepada kami? Rasulullah s.a.w bersabda: Aku lakukannya untuk memujuk hati mereka. Setelah itu datang seorang lelaki yang berjanggut tebal dan menonjol rahangnya. Manakala kedua matanya cengkung dan dahinya pula menonjol keluar. Kepalanya juga botak iaitu kesan cukur. Dia berkata: Takutilah Allah, wahai Muhammad! Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa lagi yang lebih taat kepada Allah kiranya aku menderhakaiNya? Tidakkah Dia mempercayaiku atas penduduk bumi, sedangkan engkau tidak mempercayaiku? Lalu lelaki itu beredar. Seorang di antara orang ramai meminta izin untuk membunuh lelaki tersebut. Tetapi Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya di antara kaumku ini, ada orang-orang yang membaca al-Quran tetapi tidak melepasi kerongkong mereka iaitu tidak mengambil faedah dari apa yang mereka baca bahkan mereka hanya sekadar membacanya sahaja. Mereka mampu membunuh orang Islam dan membiarkan penyembah berhala hidup. Mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan. Jika sekiranya aku menemui mereka, pasti aku bunuh mereka seperti terbunuhnya kaum Aad. [HR. Bukhari, Muslim, Nasai, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Malik]
Hadis Sahl bin Hunaif r.a: Diriwayatkan daripada Yusair bin Amr katanya: Aku bertanya kepada Sahl bin Hunaif: Adakah engkau pernah mendengar Nabi s.a.w menceritakan tentang Khawarij? Sahl menjawab: Aku mendengarnya sambil menunjuk dengan tangannya ke arah timur. Suatu golongan membaca al-Quran dengan lidah mereka, tetapi tidak sampai ke otak mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan. [HR. Bukhari, Muslim, Ahmad]
